30.11.08

Belajar Sejarah

Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Fakta Tambahan Sejarah Naning

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Naning adalah sebuah daerah yang terletak di dalam negeri Melaka. Ia bersempadan dengan Rembau, Negeri Sembilan dan berhampiran dengan Taboh. Di bahagian utaranya, Sungai Buloh dan Melekek di bahagian selatan. Naning masih lagi wujud hingga ke hari ini. Menurut sejarah, Naning pernah dijajah oleh Inggeris di sekitar tahun 1832 dan diperintah oleh Belanda semenjak tahun 1757 sehingga tahun 1824 iaitu setelah termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda.
Sejarah telah membuktikan Dol Said atau nama penuhnya Abdul Said adalah seorang wira yang mempelopori perjuangan menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada masa itu khususnya di daerah Naning. Dol Said dilahirkan dalam tahun 1775 dan merupakan anak jati Naning. Dalam tahun 1802, beliau telah dilantik menjadi penghulu Naning untuk menggantikan Dato’ Anjak yang telah meninggal dunia.
Perjuangan Dol Said untuk mempertahankan Naning dari dijajah bermula semasa pemerintahan Belanda lagi. Ini terbukti apabila cukai yang dikenakan oleh Belanda sebanyak 10 peratus daripada hasil tanaman penduduk Naning tidak dibayar sehinggakan Belanda memaksa semua penduduk Naning membayar 400 gantang beras.
Bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh Dol Said. Anak jati Naning ini tidak mahu tunduk kepada penjajah kerana sayangkan kedaulatan negeri sendiri. Gabenor Fullerton ( wakil Inggeris ) di Melaka pernah mengarahkan Dol Said mengadapnya tetapi tidak diendahkan oleh beliau.
Menurut kajian sejarah, Dol Said meningal dunia dalam tahun 1849 atas sebab kekesalan beliau terhadap pembelotan anak Melayu yang pernah menyokong Ingeris menentang Naning. Hakikatnya, penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu khasnya di Naning telah banyak mengubah corak kehidupan, politik dan sosial masyarakat Melayu hingga ke hari ini.

1. Di manakah letaknya Naning ?
A. 30° utara. B. 160° 30' 59" Timor.
C. Timor Timor sebelah Timor D. Tak kan kat Johor plak.

2. Naning pernah mula dijajah oleh Inggeris pada _________.
A. 1757 B. 1832 C. 1842 D. 1824

3. Bilakah Dol Said mula berjuang menentang Naning dari dijajah ?
A. Sejak pemerintahan Inggeris. B. Sejak pemerintah Amerika.
C. Sejak pemerintahan Belanda. D. Sejak pemerintahan Portugis.

4. Hari apakah Dol Said dilahirkan ?
A. Ahad. B. Rabu. C. Jumaat Kliwon D. Entahlah, tak au la.

5. Mengapakah Dol Said meninggal dunia ?
A. Kerana menghidap kencing manis.
B. Kerana mendapat serangan jantung akibat terkejut.
C. Kerana marahkan Inggeris yang mengurat anak dia.
D. Kerana jatuh dari pokok kelapa.


0 comments:

Post Terkini

Recent Post []

Keluarga Kami

Family Members []

  • Zainuddin

  • Fatimah

  • Abdul Wahab

  • Ibrahim

  • Nyonya (Deceased)

  • Md. Som

  • Faridah

Best View


Spreadfirefox Affiliate Button

About Keluarga Taboh


Ayahnda Haji Abdullah bin Abu Noh


Bonda Hajah Basiah binti Ibrahim

Dengan perkenan dan titah printah dari kedua keluarga, Abdullah bin Abu Noh dan Basiah binti Ibrahim, telah di ijab kabulkan pada tahun 1940 (butiran lain tak tahu! sebelum perang jepun!) dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tujuh (7) orang anak - Zainuddin, Fatimah, Abdul Wahab, Ibrahim, Md. Som, Nyonya dan Faridah. Seorang telah meninggal dunia sedari usia kecil - Nyonya.

Kedua-duanya telah menunaikan Ibadah Haji pada 1985 dan Haji Abdullah telah kembali ke rahmahtullah pada June 6, 1991 manakala pasangan beliau; Hajah Basiah pada Ogos 27, 1998. Kedua-dua mereka telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cherana Puteh, Alor Gajah.
 
Keluarga Taboh - Template By Blogger Clicks