4.12.08

Apakah Hikmah Hang Tuah!?

The legendary Hang Tuah

Saya bukanlah bagus sangat pasal sejarah ni, tapi saya tidak terpinggir dengan sejarah negara saya. Tambahan lagi, saya juga tidak di lahirkan di Melaka, sekadar menumpang tui, Pak Mentua (arwah) adalah orang Melaka. Cumanya, saya agak tertarik dengan pelbagai versi cerita mengenai Hang Tuah. Cuma nak cerita merapu sikit pasal Melayu.

Jika di layari laman web dan membuat carian dengan keyword : "Siapa Hang Tuah", kita akan menjumpai 72,200 hasil carian yang menampilkan pelbagai isu, cerita, pandangan malahan artikel atau tulisan penyelidikan. Pelbagai pandangan yang dicurahkan, sehingga saya sendiri keliru dengan identiti sebenar Hang Tuah. Melayu ker! Cina ker! Jawa ker! Hang Tuah ni jahat ker! Hero ker! ker hang Jebat yang lebih Hero!! fuh...memang pening.

Contohnya diruangan forum USJ ada memaparkan hasil penyelidikan mengenai Hang Tuah. Hasil tulisan tersebut saya rasa membawa banyak kekeliruan kepada pelbagai pihak, bukan itu sahaja, malah boleh merubah beberapa polisi negara - seperti pendidikan sejarah Melayu, tekanan terhadap "ketuanan Melayu"; khususnya mengenai isu Bangsa apakah Hang Tuah - Melayu atau Cina!? Sebagai kata kajian tersebut :

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan "Hang". Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran "Hang" telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.
Jadi, Hang Tuah berbangsa Cina? Namun kajian tersebut merupakan kajian hipothesis, dalam kata erti lain masih boleh dipertikaikan. Tapi bukan saya. Sebenarnya kita tidak tahu penipuan apa yang telah dilakukan oleh Inggeris selepas penjajahan Tanah Melayu pada 1511. Apakah fakta-fakta tentang Tanah Melayu, Orang Melayu telah diputar belitkan oleh Inggeris. Banyak perkara atau isu yang boleh diperdebatkan, pertama, mana sejarah MELAYU yang tepat bagi tahun-tahun sebelum 1511, bilakah kejadian sebenar Hang Tuah ni, adakah tahun 1300, 1400, 1500? Berapa jarak masa antara zaman Hang Tuah dan Portugis ni? Dari mana datangnya cerita pasal Hang Tuah? adakah sama macam cerita Mat Jenin? hatta, setiap penceritaan tentang sejarah Melaka, Hang Tuah dan Sultannya sendiri macam satu set cerita yang kurang lengkap atau saya yang tidak dapat cerita lengkap? Malah pada zaman sekarang ini, ada yang berani menuntut status "RAJA" untuk negeri Melaka? Mungkin jugak betul "dia" mempunyai kaitan dengan kesultanan Melaka, atau ... "nak glamour"? Panjang rentetan ceritera sejarah Melayu ni.

Wal hasil balik asal, jadi sebenarnya (kelompok atau rumpun) Melayu datang dari mana? Vietnam, Indonesia, Polinesia atau dari mana?. Jadi siapa pula Parameswara!? dan BILA waktu kejadian tersebut? Lagi pening....

Walau apapun isu atau cerita yang dibangkitkan mengenai usaha pembuktian fakta sejarah, namun, yang menjadi kebimbangan kepada saya ialah MELAYU YANG DAH LUPA - lupa asal usul, lupa ada istiadat, lupa perjuangan yang belum selesai, lupa...lupa....lupa..... - YANG MELAYU TIDAK LUPA - kuasa, duit, 'aku ada drebar'....eeeiii syok nya...biaq la depa ....

Kita sekarang ni dah berada di abad 21, cabaran terbentang luas dihadapan kita - pembangunan ekonomi Melayu masih ditangan ahli politik, kemusnahan MELAYU terpampang depan mata - bagai retak menunggu belah - Melayu sedang hiruk pikuk dan porak peranda - orang lain yang bercanda ria - jadi apakah agenda pak menteri kita.

Tinggalkanlah Hang Tuah dengan legendanya. BANGKITLAH WAHAI MELAYU, KALAU HANG TUAH SUDAH LEGENDA, MAKA TUAH-KANLAH DIRIMU DENGAN HIKMAHNYA. Jenguk-jenguklah keretakan wadah bangsamu, tampallah ia dengan keimanan dan kesatuan dan bangkitlah.


Aku yang Masih Melayu
Aku yang masih belum lupa
tapi aku masih jalan bersendirian
kerna pak menteri yang tiada ehsan
nun jaya mempersembah sutradara
holografi agenda bangsa
mempersenda karsa perjuangan ayahnda
sudah masanya
kembalilah
bangkitlah

0 comments:

Post Terkini

Recent Post []

Keluarga Kami

Family Members []

  • Zainuddin

  • Fatimah

  • Abdul Wahab

  • Ibrahim

  • Nyonya (Deceased)

  • Md. Som

  • Faridah

Best View


Spreadfirefox Affiliate Button

About Keluarga Taboh


Ayahnda Haji Abdullah bin Abu Noh


Bonda Hajah Basiah binti Ibrahim

Dengan perkenan dan titah printah dari kedua keluarga, Abdullah bin Abu Noh dan Basiah binti Ibrahim, telah di ijab kabulkan pada tahun 1940 (butiran lain tak tahu! sebelum perang jepun!) dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tujuh (7) orang anak - Zainuddin, Fatimah, Abdul Wahab, Ibrahim, Md. Som, Nyonya dan Faridah. Seorang telah meninggal dunia sedari usia kecil - Nyonya.

Kedua-duanya telah menunaikan Ibadah Haji pada 1985 dan Haji Abdullah telah kembali ke rahmahtullah pada June 6, 1991 manakala pasangan beliau; Hajah Basiah pada Ogos 27, 1998. Kedua-dua mereka telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cherana Puteh, Alor Gajah.
 
Keluarga Taboh - Template By Blogger Clicks