4.12.08

From the Album

Gambar kenangan semasa majlis...in 1986, this pic taken in Seri Serdang


Setakat mana saya kenal Hj. Abdullah? Adalah mustahil bagi saya untuk banyak bercerita tentang beliau. Saya hanya menantu, dan tak berapa hari saya mengenali beliau, mungkin antara 4~5 tahun sahaja, kerana beliau telah kembali ke rahmahtullah enam bulan selepas saya bernikah dengan anak bongsu beliau. Namun, izinkan saya, meluahkan sedikit apa yang tersirat dalam jiwa saya mengenai "bapa mentua" saya. Kalau tersilap dan terlanjur "expressions' saya, please, thousand appology.

Saya amat bersyukur kepada ilahi kerana beliau telah mengizinkan saya menikahi anak beliau yang bongsu dan yang kini sedang sama-sama melayari bahtera kehidupan ini. Sayugia, saya sebenarnya, masih tidak puas bersama beliau. Terlalu sekejap rasanya. Beliau hanya sekali dapat ke rumah kami semasa di Muar. Tiada lagi selepas itu. Seolah-olah belum habis berbual, beliau telah jatuh sakit dan genap empat purnama selepas pernikahan kami, beliau telah dijemput pulang Yang Maha Esa. Kami Redha. Kembara hidup ini bersama beliau dapat hanya sedetik waktu.

Justeru, sepanjang pengenalan kami, beliau sebenarnya seseoang yang bersifat pengasih dan ihsan. Mungkin sukar untuk disedari akan kewujudan sifat tersebut kerana ia diselindungi dengan sifat zahiriah beliau yang garang, tegas, berpendirian tegas, lantang dan nada suara yang tinggi kerana inilah ciri-ciri orang yang berketurunan Bugis. Beliau juga seolah-olah sukar untuk menunjukkan kasih sayangnya (tak kesahlah pada siapa pun), padahal, sikap kasih sayangnya (kepada semua) amat tinggi.

YES! Beliau memang garang!! Malah sepanjang saya bersama beliau, juga telah ditunjukkan akan sifatnya itu, namun pun begitu, saya telah diberikan juga beberapa petunjuk bagi menyatakan yang beliau mempunyai sifat yang bertentangan dari apa yang dizahirkan oleh beliau. Cuba kita lihat apa yang telah berlaku disekeliling kehidupan kita, timbunan kasih sayang beliau amat banyak, tapi tidak ramai yang dapat menggapainya. Maaf, mungkin saya terlalu dhaif dengan rentetan peristiwa dari lipatan sejarah kalian atau ada yang saya kurang mengerti. Namun, yang penting dan saya yakin beliau seorang yang amat menyayangi kita.

Justeru, walaupun setelah 16 tahun 6 bulan (~6393 hari) beliau kembali ke rahmatullah, namun mari~lah sama-sama kita membacakan :-

AL-FATIHAH

agar dicucuri rahmat dan berada dikalangan solihin, abidin dan ahli syurga.

Tiada cela atas kedua orang tua, tapi celakanya atas kita
Tiada hina ke atas mereka, tapi nistanya atas kita

amin.

0 comments:

Post Terkini

Recent Post []

Keluarga Kami

Family Members []

  • Zainuddin

  • Fatimah

  • Abdul Wahab

  • Ibrahim

  • Nyonya (Deceased)

  • Md. Som

  • Faridah

Best View


Spreadfirefox Affiliate Button

About Keluarga Taboh


Ayahnda Haji Abdullah bin Abu Noh


Bonda Hajah Basiah binti Ibrahim

Dengan perkenan dan titah printah dari kedua keluarga, Abdullah bin Abu Noh dan Basiah binti Ibrahim, telah di ijab kabulkan pada tahun 1940 (butiran lain tak tahu! sebelum perang jepun!) dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tujuh (7) orang anak - Zainuddin, Fatimah, Abdul Wahab, Ibrahim, Md. Som, Nyonya dan Faridah. Seorang telah meninggal dunia sedari usia kecil - Nyonya.

Kedua-duanya telah menunaikan Ibadah Haji pada 1985 dan Haji Abdullah telah kembali ke rahmahtullah pada June 6, 1991 manakala pasangan beliau; Hajah Basiah pada Ogos 27, 1998. Kedua-dua mereka telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cherana Puteh, Alor Gajah.
 
Keluarga Taboh - Template By Blogger Clicks