16.1.09

Bola itam bola putih huhuhu

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu pada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia tak de basikal apa tuan tak segan? Lantas si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih" Hek eleh takkan macam tu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?" "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je". Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masatu, yang paling canggih, ditambah dgn bola itam dan bola putih. Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama pengasuh perhatikan budak itu tak pernah minta bapanya belikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan dlm stor.. Maka si pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada sibapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "Anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat papa?" No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak mejawab "Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak. Kalau bole papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut road, kan papa?" Si bapa geram, walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih. Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain. Main roller blade. Musim rollerblade melanda kwasan tmpat tinggalnya. Trend baru.... Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dgn kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yg masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu....Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.... Keesokkan harinya, dlm bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu". Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa...Nota tersebut berbunyi: "Papa, kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya." "Haaaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu... Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?? Keesokkan hari dan seterusnya lagi sibapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelakinya bola itam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola itam dan bola putih tu, si anak tidak mendesak bapanya... Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa... "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola itam dan bola putih" Masa berlalu.... Ketika di Sek.Men, yg jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dgn bas, member2nya sudah ada yg membawa motor dan keta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada dirumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dgn motor Haley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4,bukan 3,.......2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya!. Maka ditawarkan anaknya untuk dia beli sebuah motosikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dgn alasan mtor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam dan bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, bole berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pulan dgn bola itam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal...kesal kerana sudah berberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola itam dan bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola itam dan sebiji bola putih! Dan si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola itam dan bola putih. Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dna bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oelh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung-kan ke dia ada ferrari? Kenapa naik motooooor jeeeee...... . Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola itam, bola putih. Tak paham persaan anak sendiri! Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpda si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam, bola puth? Si bapa terdedu kerana dia sebenanya sensitif dgn bola2 tu..huh...sampai awek anak aku pun tanya....bila sibapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yg di tanya? Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & boa putih!! Si bapa binggung, diruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagi...., fikir si bapa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya. Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yg berbukit bukau (kira cameron la) menaiki Ferrari untuk bersiar2. Yelah anak muda kan, ketika tenang memandu si anak dicium awknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!!! Mereka dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dlm perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospita.."macammana doktor, anak saya?" Doktor (dgn simpati dan penuh dukacita) : "Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya...tetapi terserah kepada Nya... Sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.." Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya...tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yg selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam, bola putih" "Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...sehingga kamu sering kesepian... maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yg baik." Anaknya menjawab dlm keadaan lemah, "tak mengapa papa, saya faham...Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2....saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan?" Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat..., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU...ADA APA DGN BOLA2 ITU SEHINGGA INANYA BEGITU BERERTI BUATMU?" (anda semua pun ingin tahu kan....?) Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba... "sebabnya ....saya.. saya... saya...." Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitahu bapanya tentang bola hitam dan bola putih. Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau.....apalagi aku cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape...MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.

0 comments:

Post Terkini

Recent Post []

Keluarga Kami

Family Members []

  • Zainuddin

  • Fatimah

  • Abdul Wahab

  • Ibrahim

  • Nyonya (Deceased)

  • Md. Som

  • Faridah

Best View


Spreadfirefox Affiliate Button

About Keluarga Taboh


Ayahnda Haji Abdullah bin Abu Noh


Bonda Hajah Basiah binti Ibrahim

Dengan perkenan dan titah printah dari kedua keluarga, Abdullah bin Abu Noh dan Basiah binti Ibrahim, telah di ijab kabulkan pada tahun 1940 (butiran lain tak tahu! sebelum perang jepun!) dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tujuh (7) orang anak - Zainuddin, Fatimah, Abdul Wahab, Ibrahim, Md. Som, Nyonya dan Faridah. Seorang telah meninggal dunia sedari usia kecil - Nyonya.

Kedua-duanya telah menunaikan Ibadah Haji pada 1985 dan Haji Abdullah telah kembali ke rahmahtullah pada June 6, 1991 manakala pasangan beliau; Hajah Basiah pada Ogos 27, 1998. Kedua-dua mereka telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cherana Puteh, Alor Gajah.
 
Keluarga Taboh - Template By Blogger Clicks