21.1.09

Perghhhh !!!

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan (PLUS highway) kelihatan sebuah Kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik Kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu tetapi tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba- tiba datang lah sebuah kereta Mitsubishi Evo 7 berhenti di sebelah Kelisa tadi. "Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya mamat Evo 7 berusia dalam lingkungan 20an. "A'ha rosak "jawab pakcik tu simple je.... "Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "canteek gak tu..." tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "Woraaitt pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat depan Kelisa putih didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo 7nye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, maklumlah Evo 7 brother….apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah Porsche 911 datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo7, apa lagi bro….jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Porsche 911 nie...lupa la pulak dia dengan Kelisa putih org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah….angin punya pasal. Tak sampai 2 kilometer di depan ada mamat Polis bertenggek buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm.... bedesup peginye. "Ini dah lebih speed limit nie"kate mamat Polis nie. "Mak ai !! ini dah cecah 250kmj" Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "Over..over..over"kate mamat Polis tadi pada kawannya didepan. "Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah Porsche 911, Mitsubishi Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye" kate mamat Polis. "Kereta ape yang satu lagi Bro" kate member Polis yg ada di depan. "Kelisa putih beb….tengah cucuk angin ngan Evo7 tu….siap bagi hon dan hi beam nak potong !!! pergh…


0 comments:

Post Terkini

Recent Post []

Keluarga Kami

Family Members []

  • Zainuddin

  • Fatimah

  • Abdul Wahab

  • Ibrahim

  • Nyonya (Deceased)

  • Md. Som

  • Faridah

Best View


Spreadfirefox Affiliate Button

About Keluarga Taboh


Ayahnda Haji Abdullah bin Abu Noh


Bonda Hajah Basiah binti Ibrahim

Dengan perkenan dan titah printah dari kedua keluarga, Abdullah bin Abu Noh dan Basiah binti Ibrahim, telah di ijab kabulkan pada tahun 1940 (butiran lain tak tahu! sebelum perang jepun!) dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tujuh (7) orang anak - Zainuddin, Fatimah, Abdul Wahab, Ibrahim, Md. Som, Nyonya dan Faridah. Seorang telah meninggal dunia sedari usia kecil - Nyonya.

Kedua-duanya telah menunaikan Ibadah Haji pada 1985 dan Haji Abdullah telah kembali ke rahmahtullah pada June 6, 1991 manakala pasangan beliau; Hajah Basiah pada Ogos 27, 1998. Kedua-dua mereka telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cherana Puteh, Alor Gajah.
 
Keluarga Taboh - Template By Blogger Clicks