31.1.09

Tahniah Dato'

Dato' Ibrahim

Dato' Ibrahim Abdullah

31 Januari, 2009, Pekan, Pahang; merupakan bandar di raja, telah menyaksikan pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua yang dikenali sebagai Darjah Inderah Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato', kepada Encik Ibrahim Abdullah, Duta Malaysia ke SyriaDato' Ibrahim

Dalam Istana

. Majlis penyerahan anugerah berkenaan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, DK, SSAP, SIMP, DK(Terengganu), DK (Johor), SPMJ, PAT. Anugerah ini merupakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ini Al-marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, yang ke-78, pada 24 Oktober, 2008.


Medal Pahang

D.I.M.P Medal

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !Sekalung tahniah dari kami sekeluarga kepada Dato'. Ayah dan bonda beliau tentu berbangga dengan tahap kejayaan yang ditunjukan oleh beliau. Tapi sayangnya, keduanya telah lama tiada untuk menyaksikan kejayan ini. Semoga kejayaan ini akan mendorong yang lain dari keluarga ini untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Yang pastinya Encik ABu Bakar juga kini telah bergelar Datok.




sekian berita dari pusat berita Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor pada koordinat 2°52'53"U 101°46'52"T dan sejauh 8 695.43 KM from Israel.


The shortest distance between Better and Best is 157 km.
Salam.

0 comments:

Post Terkini

Recent Post []

Keluarga Kami

Family Members []

  • Zainuddin

  • Fatimah

  • Abdul Wahab

  • Ibrahim

  • Nyonya (Deceased)

  • Md. Som

  • Faridah

Best View


Spreadfirefox Affiliate Button

About Keluarga Taboh


Ayahnda Haji Abdullah bin Abu Noh


Bonda Hajah Basiah binti Ibrahim

Dengan perkenan dan titah printah dari kedua keluarga, Abdullah bin Abu Noh dan Basiah binti Ibrahim, telah di ijab kabulkan pada tahun 1940 (butiran lain tak tahu! sebelum perang jepun!) dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tujuh (7) orang anak - Zainuddin, Fatimah, Abdul Wahab, Ibrahim, Md. Som, Nyonya dan Faridah. Seorang telah meninggal dunia sedari usia kecil - Nyonya.

Kedua-duanya telah menunaikan Ibadah Haji pada 1985 dan Haji Abdullah telah kembali ke rahmahtullah pada June 6, 1991 manakala pasangan beliau; Hajah Basiah pada Ogos 27, 1998. Kedua-dua mereka telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cherana Puteh, Alor Gajah.
 
Keluarga Taboh - Template By Blogger Clicks