24.1.09

Tragedi Muharram II

Kuala Terengganu, 25 Muharram 1430 bersamaan 22 Januari, 2009, Khamis, Jam 5:30 pagi, satu kejadian ngeri telah menimpa salah seorang keluarga kita, Pak Long Din (Zainuddin Abdullah). Kejadian ngeri ini berlaku di PAKA, Terengganu yang mana lori tangki yang dipandu oleh beliau telah terbakar dan meletup, mengakibatkan mangsa juga turut terbakar, dan melecur sebanyak 26% dan mengalami kebakaran tubuh badan Tahap 3. Mangsa telah di selamatkan oleh penduduk tempatan yang membawa mangsa ke klinik terdekat dan kemudian terus di bawa ke Hospital Dungun. Namun, mangsa telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, yang mempunyai kepakaran dalam merawat mangsa kebakaran. Setelah menjalani rawatan intensif keadaan beliau lebih stabil dan kini menerima rawatan susulan. Terimakasih kepada semua kakitangan hospital Nur Zahirah yang merawat dan memberi pehatian kepada mangsa.











0 comments:

Post Terkini

Recent Post []

Keluarga Kami

Family Members []

  • Zainuddin

  • Fatimah

  • Abdul Wahab

  • Ibrahim

  • Nyonya (Deceased)

  • Md. Som

  • Faridah

Best View


Spreadfirefox Affiliate Button

About Keluarga Taboh


Ayahnda Haji Abdullah bin Abu Noh


Bonda Hajah Basiah binti Ibrahim

Dengan perkenan dan titah printah dari kedua keluarga, Abdullah bin Abu Noh dan Basiah binti Ibrahim, telah di ijab kabulkan pada tahun 1940 (butiran lain tak tahu! sebelum perang jepun!) dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tujuh (7) orang anak - Zainuddin, Fatimah, Abdul Wahab, Ibrahim, Md. Som, Nyonya dan Faridah. Seorang telah meninggal dunia sedari usia kecil - Nyonya.

Kedua-duanya telah menunaikan Ibadah Haji pada 1985 dan Haji Abdullah telah kembali ke rahmahtullah pada June 6, 1991 manakala pasangan beliau; Hajah Basiah pada Ogos 27, 1998. Kedua-dua mereka telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cherana Puteh, Alor Gajah.
 
Keluarga Taboh - Template By Blogger Clicks