3.1.09

Ujian dan Kesukaran

Ramai ulamak mengatakan bahawa bukan senang nak masuk syurga. Hendak dapatkan benda yang baik mestilah bersusah-susah dahulu. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Kata perpatah Ingeris “no pain no gain”. Dalam Quran tidak terdapat kaitan terus diantara balasan di akhirat dengan kesukaran mengamalkan suruhan Allah. Balasan buruk di akhirat dikaitkan dengan keingkaran manusia mematuhi perintah Allah.

Memang Allah mengatakan bahawa manusia akan diuji. Contohnya,

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji? (29:2)

Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar. (64:15)

Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)

……… dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada. (3:154)

Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan. (3:186)

Rasul-rasul dan orang-orang zaman dahulu kala pun diuji. Banyak kisah-kisah dalam Quran yang menceritakan pasal bermacam-macam jenis ujian. Sebagai contoh,

Atau, adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh kemasyghulan dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat. (2:214)

Tetapi ujian-ujian yang diceritakan untuk kita ambil iktibar adalah dalam bentuk kepercayaan kepada Allah. Ujian yang paling besar yang diberi kepada kita semua ialah ujian samada kita percaya sepenuhnya kepada apa yang diturunkan, yaitu Quran.

Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan menaikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian yang lain, supaya Dia menguji kamu pada apa yang Dia memberikan kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam pembalasan sewajarnya; dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih. (6:165)

Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan. (21:35)

Ujian Allah bukanlah untuk menyusahkan. Tetapi ujian untuk menentukan samada manusia percaya kepada apa yang diturunkanNya. Tiada kena mengena dengan menyusahkan atau menyukarkan amalan-amalan harian. Allah sudah kata Islam bukan untuk menyusahkan. Lihat (4:28), (20:2), (3:108), 22:78) di atas sebagai panduan.

Sebagai analogi, untuk mendapat sesuatu ijazah, seseorang mestilah melalui beberapa ujian. Ujian itu bukanlah untuk menyukarkan tetapi untuk menentukan samada sesorang itu faham konsep subjek tertentu. Terpulanglah kepada calun tersebut samada hendak menyusahkan atau menyenangkan cara menghadapi ujian. Betul cara mentalaahnya, senanglah ia lulus ujian. Pelajar yang cemerlang dapat menjawab soalan dengan cara yang mudah. Mengapa pilih jalan susah.

Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan. (3:186)

Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan. (5:48)

baca sini


0 comments:

Post Terkini

Recent Post []

Keluarga Kami

Family Members []

  • Zainuddin

  • Fatimah

  • Abdul Wahab

  • Ibrahim

  • Nyonya (Deceased)

  • Md. Som

  • Faridah

Best View


Spreadfirefox Affiliate Button

About Keluarga Taboh


Ayahnda Haji Abdullah bin Abu Noh


Bonda Hajah Basiah binti Ibrahim

Dengan perkenan dan titah printah dari kedua keluarga, Abdullah bin Abu Noh dan Basiah binti Ibrahim, telah di ijab kabulkan pada tahun 1940 (butiran lain tak tahu! sebelum perang jepun!) dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tujuh (7) orang anak - Zainuddin, Fatimah, Abdul Wahab, Ibrahim, Md. Som, Nyonya dan Faridah. Seorang telah meninggal dunia sedari usia kecil - Nyonya.

Kedua-duanya telah menunaikan Ibadah Haji pada 1985 dan Haji Abdullah telah kembali ke rahmahtullah pada June 6, 1991 manakala pasangan beliau; Hajah Basiah pada Ogos 27, 1998. Kedua-dua mereka telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cherana Puteh, Alor Gajah.
 
Keluarga Taboh - Template By Blogger Clicks