8.4.09

Umrah


Telah mengambil peluang dari masa yang terluang untuk mengerjakan Umrah bersama rakan sekerja yang sama-sama menghadiri mesyuarat di Jeddah. Walaupun visa untuk musim Umrah baru sahaja di buka namun para pengunjung ke Tanah Suci adalah agak ramai walaupun ianya tidaklah seramai di musim Haji. Pelbagai ragam umat Islam dari merata pelusuk dunia yang sama-sama mengerjakan Umrah yang dapat di perhatikan. Yang dapat saya kenalpasti adalah pengunjung dari negara Turki, Iran, Indonesia, Malaysia, Pakistan dan juga dari negara-negara di benua Afrika.


Kami tiba di Masjidil Haram sewaktu hampir masuk waktu Maghrib dan telah melakukan solat Maghrib sebelum menunaikan Umrah dengan memulakan Tawaf. Disebabkan terlalu ramai yang melakukan tawaf, kami tidak berupaya menghampiri Kaabah namun tetap bersyukur kerana berupaya melakukannya tanpa apa-apa kecederaan disebabkan kesesakan. Selesai tawaf kami melakukan Sai’e. Kami berhenti seketika dari mengerjakan Sai’e untuk mengerjakan solat Isya dan sambung semula selepas itu.

Tamat sahaja Sai’e kami melakukan Tahalul dan terpaksa meminta bantuan orang-orang yang ada membawa gunting untuk melakukan tahalul kerana kami tidak membawa gunting. Rambut saya telah di gunting oleh seseorang dari Pakistan. Disebabkan rambut saya telah sediakala pendek, maka dia pun main pegang aje mana yang dia dapat dan terus mengguntingnya [Keesokkannya baru sedar bahawa rambut saya sudah tidak sama rata dan terlalu jelas Nampak capuknya….. terpaksa lah bergegas mencari kedai gunting pula untuk terus gunting pendek lagi agar ianya sama rata kembali

Selesai tahalul, kami berhenti dan menikmati air zam-zam sebelum melakukan Tawaf Wei’da (tawaf selamat tinggal). Selesai mengerjakannya, kami terus beredar untuk pulang ke Jeddah semula.

1 comments:

Anonymous said...

syok la hang pacik

Post Terkini

Recent Post []

Keluarga Kami

Family Members []

  • Zainuddin

  • Fatimah

  • Abdul Wahab

  • Ibrahim

  • Nyonya (Deceased)

  • Md. Som

  • Faridah

Best View


Spreadfirefox Affiliate Button

About Keluarga Taboh


Ayahnda Haji Abdullah bin Abu Noh


Bonda Hajah Basiah binti Ibrahim

Dengan perkenan dan titah printah dari kedua keluarga, Abdullah bin Abu Noh dan Basiah binti Ibrahim, telah di ijab kabulkan pada tahun 1940 (butiran lain tak tahu! sebelum perang jepun!) dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tujuh (7) orang anak - Zainuddin, Fatimah, Abdul Wahab, Ibrahim, Md. Som, Nyonya dan Faridah. Seorang telah meninggal dunia sedari usia kecil - Nyonya.

Kedua-duanya telah menunaikan Ibadah Haji pada 1985 dan Haji Abdullah telah kembali ke rahmahtullah pada June 6, 1991 manakala pasangan beliau; Hajah Basiah pada Ogos 27, 1998. Kedua-dua mereka telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cherana Puteh, Alor Gajah.
 
Keluarga Taboh - Template By Blogger Clicks